Sunday, 17 February 2013

Perginya Dia Tidak Kembali!!!

Salam...hai semua hari ni ZZ nak kongsi cerita kepada semua bahawasanya semalam (17/2/2013) ZZ kehilangan seorang rakan.. dari sem pertama kami tinggal satu level di asrama sehingga la pada sem keempat dan kami satu rumah pada sem kelima. Permegiannya mengejutkan ramai rakan-rakan yang lain. sebelum kami semua cuti untuk Raya Tahun Baru Cina kami sempat keluar makam ramai-ramai masa tue tak sangka pulak yang arwah akan pergi. perginya arwah akibat daripada hati dan jantung yang sudah membengkak. 

Buat pengetahuan semua arwah telah pun berkahwin tetapi tidak sampai 2 bulan. ini memberikan tamparan besar kepada family dan suami dia. sebelum kami cuti selama seminggu rakan - rakan ada yang mengatakan bahawa arwah demam. tapi biasala rakan-rakan menyakat kate arwah mengandungla huhu.. tak sangka la pulak arwah ada sakit lain. Pada hari jumaat arwah dimasukan ke hospital dan disahkan bahawa hatinya telah bengkak dan menyebabkan kesemua organ dalamannya tidak berfungsi.

Selepas sahaja ZZ mengetahui bahawa arwah telah pergi. ZZ dan rakan-rakan lain bertolak pada pukul 8 dari rumah sewa ke rumah arwah tetapi malangnya kami tidak sempat untuk melihat arwah buat kali terakhir. sampai sahaja di rumah arwah kami terus berjumpa dengan mak arwah. pada pukul 10.30 mlm kami terpaksa berangkat pulang kerana masing-masing ada class pada awal pagi. kami berharap agar keluarga arwah akan tabah menjalani kehidupan terutama kepada kedua ibubapa arwah dan juga suaminya.

ZZ harap kepada pembaca dapat sedekahkan al-fatihah kepada arwah NADIA MOHD ZAINI. Semoga tuhan memberkhati dia disana...amin...

No comments:

Post a Comment